TAHNIAH diucapkan buat skuad bola sepak Kedah yang telah berjaya menjuarai Piala Malaysia dalam perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah Alam, Selangor, semalam.
Dalam menonton perlawanan bola sepak, pastinya ada penonton yang akan terlebih teruja dengan memuat naik pelbagai status berkaitan perlawanan menarik itu sehingga ia menjadi antara topik trending semalam.
Namun, yang tak sedapnya bila mana seorang gadis ini, @fifirimau tergamak memuat naik satu status twit yang kedengaran agak keterlaluan.
Menulis, “Seronok tengok penyokong Selangor vs Kedah ni. Tapi pelik, kenapa JDT senyap? Padam api dekat hospital ke? *Maaf tanya*.”
Walaupun mungkin niat gadis itu cuma ingin memprovok peminat pasukan Johor Darul Takzim (JDT), namun rata-rata netizen ‘bengang’ dengan twit tersebut.
Seperti yang kita sedia maklum, satu tragedi kebakaran berlaku di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru, Selasa lalu yang telah mengorbankan nyawa enam pesakit.
Sehubungan itu, netizen beranggapan gadis ini tidak sensitif dengan hal tersebut sehingga tergamak menulis twit berbaur sebegitu.
Netizen, @farisyaazs membidas gadis itu dengan menulis, “Kalau nak pemes pun jangan bodoh sangat. It’s sensitive to all the families. Perikemanusiaan lah sikit.”
@SyazwanShahrul, “It’s no laughing matter, especially regarding a tragedy that took innocent lives. Not funny, at all. (Benda ini bukan boleh buat lawak, lebih-lebih lagi tragedi yang melibatkan kematian. Tak kelakar langsung).” – MYNEWSHUB.CC
Sumber: Ohbulan!
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment