SEORANG remaja dari Singapura tidak menyangka usikannya dengan mengenakan pakaian badut pembunuh akhirnya memakan diri sendiri selepas dipanggil untuk siasatan polis.
Media Corp melaporkan, pengguna laman YouTube, Joel Wong memuat naik dua video ‘prank’ yang dilakonkannya dengan memakai dan mengenakan solekan sebagai badut pembunuh.
Dalam video yang dimuat naik pada Sabtu lalu , Joel menakut-nakutkan pejalan kaki dengan memakai topeng badut, rambut palsu berwarna merah serta memakai jaket berwarna putih yang dikotori cat merah.
Joel bersembunyi di sebalik pohon renek atau tembok di laluan pejalan kaki sebelum menyergah sesiapa sahaja yang menggunakan laluan itu.
Bagaimanapun, aktiviti Joel yang kononnya mahu ‘diangkat’ menjadi viral olehnya itu kemudiannya dilaporkan kepada pihak polis oleh orang ramai.
Susulan laporan tersebut, Joel dipanggil ke balai polis tengah hari semalam untuk memberi keterangan termasuk rakan-rakannya yang turut serta dalam penghasilan video itu.
Pelajar berusia 19 tahun itu diarahkan untuk memadamkam dua rakaman video dan kes tersebut masih dalam siasatan.
Joel yang menyedari kesilapannya memuat naik video permohonan maaf di laman YouTube dan menganggap kelakuannya itu ‘amat bodoh’.
“Saya tidak menyalahkan sesiapa dan rasa bersalah kepada rakan-rakan. Jika ada sesiapa yang terguris dengan kejadian itu, saya meminta maaf dan tidak berniat untuk jadikan ianya buruk tetapi ianya sudah menjadi buruk,” katanya.
Menurutnya, kejadian tersebut adalah pengajaran buat dirinya dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment