TIDAK mahu wanita lain menjadi mangsa serangan seksual, dua pelajar Universiti Tunku Abdul Rahman di Sungai Long, Kajang tampil menerusi Facebook live memberi amaran dan peringatan supaya lebih berhati-hati.
Cristal Chua dan Tammy Ong yang masing-masing berusia 20 an mendakwa menjadi mangsa serangan seksual selepas diraba seorang lelaki tidak dikenali ketika berjalan ke kondominium yang disewa mereka.
Dalam video yang dimuat naik Cristal dalam akaun Facebooknya, mendakwa punggungnya telah diraba sebelum penyerang cuba meraba dada Tammy semalam kira-kira jam 3.30 petang.
Penyerang tersebut melarikan diri selepas Tammy menjerit dan hanya sempat merakam gambar dari arah belakang lelaki yang menyerang mereka.
Lelaki tersebut yang memakai baju dan seluar pendek berwarna hitam bagaimanapun melarikan diri selepas dua pelajar kolej itu mengejarnya.
Menceritakan detik menakutkan itu, mereka tiba di salah satu blok kondminium dan menekan kata laluan untuk membuka pagar.
Mereka membenarkan lelaki berkenaan masuk bersama kerana menyangka dia adalah penghuni di kondominium itu.
Kedua-dua pelajar itu tidak menghiraukan lelaki tersebut sehingga dia bertindak meraba punggung Cristal di tingkat pertama.
Bimbang dengan keselamatan, mereka membuat laporan di Balai Polis Sungai Long malam tadi.
Cristal dalam videonya itu menasihatkan wanita untuk merakam video atau gambar sebagai bukti dan tidak cuba melawan jika berhadapan dengan situasi yang sama.
“Berhati-hati jika balik ke rumah dan peka dengan keadaan sekeliling bagi mengelakkan perkara buruk dari berlaku.
“Jika ada sesuatu yang mencurigakan, beritahu pengawal keselamatan dan jika keadaan semakin buruk, jerit bagi mendapatkan perhatian,” katanya. – MYNEWSHUB.CC
Video Facebook : Cristal Yahya
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment