MUNGKIN berang ditipu, seorang warga emas bertindak menampar pengutip derma di hadapan sebuah bank di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.
Kejadian tersebut menjadi viral di media sosial sejak semalam yang memaparkan gelagat seorang lelaki yang berusia 50-an menampar dan memarahi pengutip derma.
Dalam video berdurasi 50 saat itu, pengutip derma itu ‘disoal siasat’ oleh pakcik tersebut selepas meminta derma untuk pembukaan pondok agama dan jualan tanah wakaf.
Pengutip derma tersebut mendakwa dia mempunyai kaitan dengan pejabat agama tempatan untuk menjalankan kutipan berkenaan.
Lelaki warga emas tersebut mendakwa pengutip derma tersebut menyamar dan menipu orang awam dengan menggunakan nama pihak berkuasa tempatan.
Ketika ‘soal siasat’, lelaki tersebut menampar pengutip derma kerana memberikan jawapan yang menimbulkan kemarahannya.
“Jangan menyamar, orang tau awak menyamar. Ingat saya bagi amaran kat awak.
“Saya beritahu orang awam awak menipu. Jangan menipu orang, kalau nak kerja, kerja elok-elok,” kata pakcik itu.
Pengutip derma tersebut hanya berdiam diri dan menjelaskan boleh menghubungi pejabat agama untuk pengesahan.
Namun, penjelasannya itu tidak dipercayai warga emas tersebut kerana masih menganggap dia menipu dan menyamar untuk mendapatkan derma.
Netizen di media sosial mengkritik tindakan warga emas tersebut yang boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Namun, ada juga netizen yang menyokong kerana aktiviti mengutip derma menggunakan nama agama ini sudah berleluasa dan perlu didedahkan supaya menimbulkan kesedaran di kalangan rakyat. – MYNEWSHUB.CC
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment