Pegawai SPRM Belasah, Layan Isteri Macam Pelacur Ditahan

13499976_1312209245475159_1061852759_o

BERIKUTAN kes viral seorang wanita mendakwa telah menjadi mangsa keganasan, polis Johor menahan suaminya yang juga petugas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), malam tadi.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Polis Johor, Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd.
Menurut beliau, suspek yang berusia 37 tahun itu ditahan kira-kira pukul 8 malam di Batu Berendam, Melaka.
Susulan itu, suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Segamat pada Sabtu untuk permohonan reman.
Terdahulu, dalam satu kenyataan, Wan Ahmad memaklumkan suspek yang berkhidmat di SPRM Segamat turut tidak hadir bertugas dan mempunyai kes narkotik di Muar tahun lalu.
Kes ini disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan/Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga kerana dengan sengaja menyebabkan kecederaan kepada mangsa dan Seskyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.
Kes ini mendapat perhatian rakyat Malaysia selepas isterinya, Shahilda Fadhil memuat naik status mendedahkan segala perilaku kejam suaminya termasuk beberapa gambar kesan lebam di badannya.
Dalam status itu, Shahilda turut mendakwa diperlakukan seperti pelacur dan dipaksa untuk menghisap kemaluan anaknya di hadapan lelaki itu. – MYNEWSHUB.CC




Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story