Pelik: Lelaki Musnahkan iPhone 7 Guna Tukul

Lelaki Musnahkan iPhone 7 Guna Tukul

SEORANG lelaki di China menjadi sensasi di laman Internet setelah bertindak menghancurkan 10 buah iPhone 7 dengan tukul selepas tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan.

Tidak dapat dipastikan bagaimana keadaan mula menjadi tegang, namun menurut sebuah portal, individu berkenaan difahamkan cuba membaiki iPhone miliknya yang tidak berfungsi namun disebabkan layanan yang buruk daripada pengurus kedai itu menyebabkannya berang.
Lelaki Musnahkan iPhone 7 Guna Tukul
Menerusi video yang tersebar, individu berkenaan yang tersinggung dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh pemilik kedai tersebut dilihat menghempaskan telefon bimbitnya di kaunter kedai berkenaan lalu beredar.
Namun keesokkan harinya individu terbabit mengunjungi kedai berkenaan sekali lagi dan bertindak membeli 10 iPhone yang terdapat di kedai tersebut.
Difahamkan harga 10 buah iPhone itu berjumlah 63,000 Yuan (RM38,900).
Lelaki Musnahkan iPhone 7 Guna Tukul
Seorang lelaki lain yang merupakan pembantu kepada individu berang itu dilihat meletakkan sejumlah wang di hadapan pengurus kedai berkenaan sebelum bertindak memecahkan kesemua iPhone dibelinya menggunakan tukul.
Masih tidak puas hati dengan kedai terbabit, pelanggan yang berang itu turut memusnahkan premis perniagaan tersebut dengan menendang kaunter bayaran dan memecahkan cermin pameran di situ.
Meskipun begitu, pelanggan berkenaan tetap membayar kos kerosakkan premis berkenaan yang dianggarkan bernilai 500,000 Yuan (RM308,000) sebelum beredar menaiki sebuah kereta mewah berwarna hitam. – MYNEWSHUB.CC

0Shares

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story