Anzalna Jadi Mangsa Akaun Instagram Palsu

Anzalna

Kesian dengan pelakon, Anzalna Nasir apabila dia tidak habis-habis dihimpit kontroversi.
Terbaru, dia mendapat tahu ada individu yang menyalah gunakan nama dan gambarnya untuk membuat akaun palsu di Instagram.
Menerusi Malaysiandigest, Anzalna meluahkan yang dia kecewa dengan tindakan individu terbabit yang dirasakan terlalu obses sehingga memiliki gambar peribadi yang dia sendiri tiada.
“Saya pernah membuka akaun Instagram ketika penggambaran drama Indera Jonet suatu ketika dulu tetapi tidak aktif kerana saya tidak suka menunjuk-nunjuk.
“Tiba-tiba saya mendapati ada sebuah akaun menggunakan nama saya (Anzalna_Nasir) dan memuat naik gambar-gambar peribadi saya seolah-olah dia berada di situasi yang sama dengan saya.
AKAUN PALSU
“Oleh itu, saya membuka sebuah akaun baharu (AnzalnaNasir88) supaya orang ramai tidak tertipu. Sejujurnya saya tidak kenal dan sukar menjejaki individu yang melakukannya,” katanya.
AKAUN BETUL
Tidak terburu-buru untuk mengambil tindakan undang-undang namun Anzalna memohon supaya akaun itu tidak digunakan untuk mengaibkan namanya.
Kesian..
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story