Faezah Ul Haq Harap Diterima Di Malaysia

Faezah Ul Haq

KUALA LUMPUR – Walaupun sudah menjadi pelakon hampir 10 tahun di negaranya sendiri, pelakon wanita, Faezah Ul Haq ketika ini mencuba nasib pula untuk memperkenalkan namanya di Malaysia.
Pelakon yang berasal dari Singapura itu sudah berjaya menggilap namanya menerusi drama Adam & Hawa sebagai sahabat baik kepada Ain Hawani, Azie.
Menerusi laporan dari portal Gua.com, Faezah bersyukur kerana menerusi drama tersebut, dia sedikit menonjol dalam industri lakonan Malaysia.
Katanya, dia berharap agar kehadiran dirinya dalam pentas lakonan Malaysia diterima peminat-peminat di Malaysia.
“Alhamdulillah, ‘Adam dan Hawa’ memberi saya ruang untuk berkarya di Malaysia.
“Saya mula dikenali dan saya harap kehadiran saya di sini dapat diterima oleh peminat di Malaysia,” katanya.
Sementara itu, dalam laporan mStar Online, Faezah mempunyai pandangan dan pendirian tersendiri apabila berani mengambil langkah seperti aktor lelaki Aaron Aziz dan Adi Putra yang menjadikan Malaysia sebagai tempat mencari rezeki.
Bagi Faezah, dia tidak merajuk dengan dunia seni di negaranya sendiri memandangkan dia sudah lama menapak menjadi pelakon di Singapura.
Faezah memberitahu peluang berlakon di sana sudah semakin kurang diterima.
Pun begitu, sekiranya dia menerima pelawaan berlakon di sana, dia akan menerima itu juga sebagai rezeki.
“Bukan saya merajuk dengan Singapura. Saya datang Malaysia kerana tawaran kerja di sana semakin berkurangan. Selepas terlibat dalam produksi drama bersiri bahasa Inggeris di sana, semakin kurang tawaran drama Melayu yang saya terima.
“Kebetulan pula, industri dan peluang di sini lebih besar, apa salahnya saya mencuba tapi jika ada tawaran di sana saya tetap akan ambil,” katanya.
Ketika ini, wajahnya Faezah pula menghiasai drama ‘Dalam Setiap Sujudnya’ yang ditayangkan di slot Ratu TV9 selepas penayangan Adam & Hawa tamat.
Oleh: NAIMAH SHAARI

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story