Farah Fauzana Sudah Siap Barang Hantaran!

Farah Fauzana Sudah Siap Barang Hantaran!

Pasti anda berasa terkejut dengan tajuk di atas.
Tak ada hujan tak ada angin, tiba-tiba deejay radio Hot FM dan pengacara Nona, Farah Fauzana mahu berkahwin.
Mencecah usia 33 tahun, Fara Fauzana berkata yang beliau kini dalam usia yang sudah wajar berkahwin dan demi menjimatkan masa dikemudian hari, persiapan ringan sudah dilakukan.
“Saya sudah mereka kad undangan perkahwinan dan barang hantaran pun sudah disediakan.
“Saya lakukan ini kerana tidak mahu tergesa-gesa apabila tiba hari bahagia kelak,” ujar Fara Fauzana yang dipetik dari Rotikaya, hari ini.
Namun Fara Fauzana yang kali terakhir bercinta dua tahun lalu mengakui yang beliau masih menunggu calon sesuai untuk dijadikan suami.
Haaa.. senanglah bakal suami Farah nanti, segalanya sudah disediakan.
Elok juga tak perlu makan masa lama sangat untuk buat persiapan nanti. Ye tak?
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story