Tragedi Gurauan Makan Diri Sendiri

Tragedi Gurauan Makan Diri

Cambridge – Seorang pelajar berusia 12 tahun meninggal dunia dalam keadaan tragis dengan mayatnya tergantung di tempat penyangkut baju, dipercayai ketika dia cuba bergurau dengan ibunya.
Marlowe Isaac Myers, 12, tergantung pada jaketnya dan kejadian itu berlaku di depan mata ibunya, Nicki Myers, 39 tahun.
Myers yang juga orang kurang upaya (OKU) tidak dapat membantu anaknya.
Dia yang menggunakan kerusi roda cuba memotong jaket berkenaan dengan menggunakan pisau, namun gagal.
Pasukan perubatan yang dikejarkan ke sana cuba menyelamatkan budak berkenaan, namun dia disahkan meninggal dunia di Hospital Addenbrooke.
Polis yang menyiasat kejadian itu mendapati terdapat kerusi di sebelah mayatnya.
Pihak berkuasa percaya mangsa cuba memakai jaket tersebut ketika ia masih tersangkut di penyangkut baju.
“Kita tidak menolak kemungkinan dia sedang bergurau dengan ibunya ketika kejadian berlaku. Ini kerana tiada bukti menunjukkan dia mahu membunuh diri kerana mangsa adalah seorang budak yang ceria.
“Tiada bukti menunjukkan bahawa dia dibuli disekolah. Justeru kematiannya merupakan satu tragedi,’ kata polis.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story