Mayat Terdampar Di Pantai Batu Rakit

Mayat Terdampar Di Pantai Batu Rakit

KUALA TERENGGANU – Mayat seorang lelaki, dipercayai rakyat asing ditemui terdampar di pantai Kampung Tanjung, Batu Rakit di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin berkata, mayat itu dijumpai penduduk kampung pada pukul 6.08 petang.
“Kami percaya mangsa warganegara asing kerana terdapat tatu pada bahagian badan mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Beliau berkata, berdasarkan keadaan mayat yang membengkak dan hampir reput, polis percaya lelaki itu mati lemas beberapa hari lepas.
Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat itu.
Zamri berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah untuk bedah siasat. – BERNAMA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story