Konvoi Sekumpulan Remaja Berakhir Tragedi

Konvoi Sekumpulan Remaja Berakhir Tragedi

KERIAN – Kegembiraan sembilan remaja berkonvoi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang berakhir dengan tragedi selepas seorang daripada mereka maut dalam satu kemalangan di Gunung Semanggol, di sini semalam.
Kemalangan membabitkan sebuah motosikal di Kilometer 180.6 Lebuh raya Utara-Selatan (arah Utara), di sini jam 6 pagi itu mengorbankan penunggang motosikal, Muhammad Amizie Razali, 24, dari Kapar, Selangor.
Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Mat Fauzi Nayan berkata, kejadian berpunca apabila motosikal jenis Yamaha RX-Z yang ditunggang mangsa dipercayai hilang kawalan secara tiba-tiba sebelum tercampak dan jatuh di laluan kenderaan laju.
Menurutnya, akibat kejadian itu, mangsa yang juga merupakan pelajar kolej meninggal dunia di tempat kejadian setelah mengalami pendarahan teruk di kepala manakala kaki kiri mangsa dikenal pasti patah.
“Keadaan mangsa mengejutkan lapan lagi rakannya yang lain sebelum seorang daripada mereka sempat menarik tubuh mangsa ke laluan kecemasan bagi mengelak dirempuh kenderaan lain.
“Mayat mangsa dihantar ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat sementara menunggu waris keluarga untuk menuntut jenazah,” katanya, semalam. – SinarHarian

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story