BUKIT MERTAJAM – Seorang pegawai daerah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini terhadap pertuduhan mencabul kehormatan seorang wanita, tiga tahun lalu.
Roslan Yahaya, 51, didakwa menggunakan kekerasan jenayah dengan niat untuk mencabul kehormatan wanita berumur 29 tahun itu di dalam pejabat pegawai daerah, Pejabat Daerah dan Tanah, Jalan Betek, Sungai Rambai di sini antara jam 11 pagi dan 1.10 tengah hari, 26 April 2010.
Dia didakawa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun atau denda atau sebat, atau mana-mana antara dua, jika sabit kesalahan.
Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Amir Hamdzah Othman menawarkan jaminan RM15,000 dengan seorang penjamin, bagaimanapun peguam Anthony Samy yang mewakili Roslan memohon jaminan dikurangkan.
Amir Hamdzah turut memohon mahkamah memerintahkan tertuduh supaya tidak mengganggu saksi kes berkenaan.
Majistret Chiang Kian Hong membenarkan Roslan diikat jamin RM8,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 25 Februari depan untuk sebutan semula kes.
Roslan membayar wang jaminan itu. – BERNAMA
Roslan membayar wang jaminan itu. – BERNAMA
0 comments:
Post a Comment