Setelah setahun mendirikan rumah tangga, kelibat platun lagu ‘Tolong Ingatkan Aku’, Ana Raffali amat jarang kelihatan dalam mana-mana majlis media.
Ia menyebabkan ramai yang berpendapat yang Ana Rafali dikongkong suami.
Memetik laporan Ohbulan, hari ini, Ana memberitahu ia tidak ada kena mengena dengan suaminya.
“Tidak ada kena mengena dengan suami saya. Kontrak bersama label sebelum ni sudah tamat jadi saya mengambil keputusan untuk mempersiapkan diri untuk tampil dengan produk baru yang diterbitkan oleh label saya sendiri, About the Letter A Sdn Bhd.
“Banyak perkara yang perlu saya belajar demi memperbaiki kelemahan diri dari segi vokal dan juga penulisan lagu. Jadi, saya mengambil masa untuk berlatih disamping menulis dengan banyak.
“Pada masa yang sama, syukur Alhamdulillah saya juga banyak menerima undangan persembahan untuk majlis tertutup serta acara bersama masyarakat umum di luar Kuala Lumpur,” katanya.
Sementara itu, sekeping foto dari laman Instagramnya juga telah menimbulkan pertanyaan pada peminat apabila Ana kini dilihat semakin berisi.
Mungkinkah dia mengandung?
“Rezeki belum ada lagi. Tolong doa-doakan supaya murah rezeki kami berdua.
“Berat badan saya memang bertambah setelah berkahwin, bahagia dan mungkin saya tidak ada tekanan untuk tampak kurus sepanjang masa,” katanya.
Ana Raffali kini dalam proses menyiapkan lagu terbarunya yang berjudul ‘Jauh Ke Syurga’.
Lagu ini bakal memberikan kelainan pada pendengar kerana ia merupakan lagu kasih sayang dalam bentuk doa.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment