Benarkah Alyah Ditipu Pengurus Sendiri?

Alyah

Dilaporkan pada beberapa hari lalu, penyanyi, Alyah telah dilaporkan kerugian hampir RM40 ribu dari akaun banknya akibat dikebas pengurus sendiri.
Kerugian yang dialami pelantun lagu Kisah Hati ini melibatkan wang persembahan dan wang ansuran bagi sewa beli kereta dan rumah.
Kegiatan pengurusnya itu mula terbongkar apabila pihak bank memaklumkan akan menarik semula keretanya ekoran tunggakan bayaran bulanan kereta tersebut dalam tempoh empat bulan.
“Bila mendapat berita tersebut saya amat terkejut memandangkan saya sudah menyerahkan wang ansuran kereta itu kepada pengurusnya untuk dilunaskan,” ujarnya yang dipetik dari Ohbulan.
Tetapi nampaknya, pengurusnya tidak menjalankan tanggungjawab yang diberikan.
Menurut Alyah selepas mengetahui isu tersebut, dia segera membuat semakan terhadap akaun bank yang dimiliknya tetapi sudah terlambat kerana semua wang tersebut turut dikebas oleh pengurusnya yang sehingga kini gagal dikesan.
Sementara itu, menerusi beberapa ruangan portal, ada juga pembaca yang memberi komen, kejadian itu seperti balasan kepada Alyah kerana sebelum ini dia sering menimbulkan rasa tidak puas hati kepada beberapa orang termasuk seorang pereka fesyen.
Kini, Alyah bagaikan jatuh ditimpa tangga. Itulah akibatnya jika terlalu percayakan orang.
Sampai urusan pembayaran ansuran kereta dan rumah pun nak orang bayarkan memang mengundang kecelakaan.
Tak apalah, mungkin selepas ini Alyah akan lebih berhati-hati, kiranya kejadian seperti ini adalah pengajaran buat dirinya.
Oleh: KASIH ISA

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story