Penggunaan Meter Pintar TNB Di Melaka

Penggunaan Meter Pintar TNB Di Melaka

MELAKA – Isi rumah di Melaka akan memperoleh ‘meter pintar’ yang lebih tepat merekod bacaan tenaga elektrik yang digunakan dan turut menggalak penjimatan tenaga.
Naib Presiden (Perniagaan Baru dan Projek) Tenaga Nasional Berhad (TNB) Datuk Ir Nazri Sharuddin berkata di bawah projek perintis, kira-kira 1,000 pengguna akan dipilih untuk menikmati kemudahan tersebut.
Beliau berkata meter pintar lebih tepat dan menghasilkan bil yang lebih rendah di samping merekod tenaga yang digunakan.
Ia turut membantu menjimat kos operasi TNB dalam jangka panjang, katanya kepada pemberita pada program TNB Bersama Pelanggan peringkat negeri yang dilancar Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam di sini Khamis.
Nazri berkata menerusi penggunaan meter seumpama itu sebarang pemutusan atau sambungan semula bekalan boleh dilakukan menerusi kawalan jauh dari hab pusat tanpa perlu dihantar petugas TNB untuk melakukannya di rumah-rumah.
Beliau bagaimanapun berkata TNB sedang mengenal pasti tempat yang sesuai untuk memasang meter itu. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story