Roslan Shah Akui Bakal Tamat Zaman Bujang

Roslan Shah

Mungkin ada yang terkejut dengan kenyataan yang pengacara dan penghibur, Roslan Shah bakal menamatkan zaman bujang pada tidak lama lagi.
Bagi anda yang tidak tahu, Roslan Shah pernah bertunang pada 2004 namun ia putus ditengah jalan.
Katanya, oleh kerana terlalu mendedahkan bekas tunangnya kepada khalayak ramai, banyak perkara yang tidak sepatutnya berlaku.
“Saya pernah bertunang tetapi sudah putus pada tahun 2004. Ketika itu saya terlampau mendedahkan bekas tunang kepada khalayak sehingga berlaku perkara-perkara yang tidak sepatutnya terjadi,” katanya yang dipetik dari Rotikaya, hari ini.
Oleh demikian, apabila ditanya siapakah calon isteri bertuah tersebut, selebriti berusia 41 tahun itu mengambil keputusan untuk merahsiakan identiti wanita berkenaan.
Menceritakan sedikit tentang bakal isteri beliau itu, Roslan Shah berkata mereka sudah tiga tahun berkenalan dan gadis itu berasal dari Kelantan.
“Dia adalah peminat saya dan kali pertama kami berjumpa, dia jemput saya datang ke rumahnya untuk makan tengah hari bersama keluarganya.
“Semenjak itu kami mula berhubung dan mengenali antara satu sama lain dengan lebih rapat,” ujarnya.
Tambahnya, setakat ini, dia sedang mengumpul duit untuk mengukuhkan lagi kewangannya.
“Bukan tiada duit, tetapi untuk menambah lagi simpanan yang ada sekarang.
“Kemungkinan pada bulan Mac nanti saya akan berkunjung ke rumahnya sekali lagi untuk berbincang mengenai hal-hal perkahwinan kami dan saya bercadang untuk mengadakan majlis itu secara sederhana dengan menjemput rakan-rakan dan keluarga terdekat sahaja serta media,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Iklan Teks: 

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story