Jackie Chan Gelar AS Negara Pengamal Rasuah

Jackie Chan Gelar AS Negara Pengamal Rasuah

HONG KONG – Aktor popular Hong Kong Jackie Chan menggelar Amerika Syarikat (AS) sebagai negara pengamal rasuah tertinggi di dunia.
Ketika temu bual dengan stesen televisyen Phoenix, aktor itu menegaskan perkara tersebut berlaku kerana AS kini berhadapan dengan krisis kewangan teruk.
“Saya juga beranggapan AS bukan negara selamat kerana ketika di sana saya terpaksa membawa senjata api demi keselamatan,” katanya.
Bagaimanapun, kenyataan Chan itu dikritik hebat oleh beberapa bloger termasuk media Washington Post yang mengelarnya sebagai anti-Amerika.
Sebelum ini, aktor yang terkenal dengan aksi merbahaya itu pernah menyuarakan pendapat sinis terhadap China sehingga beliau terpaksa meninggalkan negara itu dan menetap di AS. – AFP

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story