KUALA LUMPUR – Restoran makanan segera, Pizza Hut meraikan peminat-peminatnya dalam “Sambutan Sejuta Peminat Facebook Pizza Hut” sempenan dengan kejayaan restoran itu meraih sejuta peminat di laman sosial Facebooknya.
Sambutan tersebut telah diadakan di restoran Pizza Hut, cawangan Kota Damansara semalam.
Menurut cakap Pengarah Urusan QSR Brands Bhd, pengendali Restoran Pizza Hut Malaysia, Datuk Ahmad Zaki Zahid, kejayaan meraih sejuta peminat di Facebook telah mengukuhkan kedudukan Pizza Hut di Malaysia.
Malah, ia juga telah menaikkan nama Pizza Hut seiring dengan jenama-jenama global lain.
“Pencapaian peminat kesejuta ini menunjukkan bahawa Pizza Hut telah bertapak kukuh sebagai salah satu daripada tiga laman Facebook F&B Paling Popular di Malaysia,” kata Zaki dalam ucapan perasmiannya di sini, semalam.
Penubuhan laman Facebook rasmi Pizza Hut merupakan alternatif lain sebagai medium untuk meningkatkan nama restoran tersebut.
Tambah Zaki lagi, dengan adanya medium seperti itu, peminat-peminat Pizza Hut dapat berkomunikasi secara terus dengan pengurusan restoran terkemuka itu.
Bukan itu sahaja, ia juga dapat digunakan sebagai tempat untuk berhubung dan memberikan pandangan tentang perkhidmatan yang disediakan oleh Pizza Hut.
Lebih menarik lagi, peminat-peminat setia Pizza Hut akan diberikan ganjaran sekiranya kekal menjadi pelanggan tetap jenama makanan itu.
“Dengan laman Facebook Pizza Hut ini, kami mempunyai saluran komunikasi langsung dengan para pelanggan di mana kami akan memaklumkan mereka berhubung sebarang perkembangan terkini dan hadiah-hadiah yang kami sediakan untuk memberi ganjaran kepada mereka kerana kekal sebagai pelanggan setia Pizza Hut.
“Di samping itu, para peminat juga berpeluang untuk menyampaikan maklum balas mereka yang amat bernilai bagi syarikat,” katanya.
Oleh: NAIMAH SHAARI
Foto: RIZA RAZAK
Foto: RIZA RAZAK
0 comments:
Post a Comment