Malam tadi berakhirlah sudah kesemua majlis resepsi pasangan mempelai Khairul Fahmi Che Mat (Apex) dan isterinya Leuneiy Natasha.
Majlis resepsi yang berlangsung di Mutiara Ballroom, Hotel Royal Bintang, Damansara pada malam tadi bertemakan ala Inggeris.
Memetik laporan Malaysiadigest, pada mulanya majlis yang bermula seawal 7.30 malam itu kelihatan agak hambar namun kemudian bertukar meriah.
Kira-kira jam 9 malam, pasangan mempelai tiba. Kedua-dua pengantin mengenakan busana berwarna putih rekaan pereka fesyen terkenal, Ezuawan Ismail.
Disebabkan temanya ala Inggeris, boleh jadi sebab mengapa tiadanya paluan kompang.
Malah tiada irama lagu yang mengiringi pasangan mempelai menuju ke pelamin.
Kerana itu ada dikalangan para tetamu tidak menyedari akan kehadiran pengantin sehinggalah kedua-duanya sudah berada di pelamin.
Apa yang menarik, Datuk Siti Nurhaliza memberikan kejutan dengan menyanyikan lagu Kenangan Terindah (Samson) buat pasangan dua sejoli itu.
Disamping itu penyanyi lain yang juga membuat persembahan adalah seperti Hazama, Dina Nazir dan Adibah Noor.
Pelakon Kuza dipilih sebagai ‘Princess of the Night’ sementara gelaran ‘Prince of the Night’ milik pemain bola sepak, Wan Zack Haikal. Mereka antara tetamu yang tampil dengan busana paling cantik dan kena dengan tema majlis.
Antara selebriti yang hadir seperti Mustafa Kamal dan isterinya Susan Menon, Linda Rafar dan suaminya Syed Aiman, Marsha, Sharifah Sakinah, Danny X-Factor dan Fizo Omar. Turut kelihatan Wan Zack Haikal, Fadhli Shas dan rakan-rakan skuad Harimau Muda A yang lain.
Mengimbas kembali, Apex dan Leuniey mula menjalin hubungan selepas mereka berkenalan ketika terlibat dalam iklan minyak wangi ‘SimplySiti Eau De Parfum’ milik penyanyi terkenal, Datuk Siti Nurhaliza Taruddin, awal tahun ini.
Setelah menjalin hubungan selama beberapa bulan, mereka diijab kabulkan pada 28 Disember 2012 dengan hanya sekali lafaz.
Majlis pernikahan yang berlangsung di kediaman Leuniey di Kota Baru itu menyaksikan rombongan pihak lelaki turut menyerahkan wang hantaran yang juga mas kahwin bernilai RM19,000.
Berikut adalah foto-foto majlis resepsi yang berlangsung semalam..
Tahniah!
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Foto: www.malaysiandigest.com
0 comments:
Post a Comment