Malaysia Lokasi Cuti Utama Umat Islam

Malaysia Lokasi Cuti Utama Umat Islam

Singapura – Malaysia disenaraikan sebagai destinasti percutian paling mesra Islam di dunia dalam satu kaji selidik dikeluarkan semalam yang turut menyenaraikan Mesir, Turki, Emiriah Arab Bersatu, Arab Saudi dan Singapura.
Kaji selidik dilakukan syarikat perunding pelancongan Islam berpangkalan di Singapura, Crescentrating itu dibuat berdasarkan sejauh mana mereka memenuhi keperluan pegunjung Islam yang semakin meningkat mencari perkhidmatan dan makanan halal serta mematuhi syariat Islam.
Ia menggariskan kriteria, termasuk tahap keselamatan dalam negara itu, kemudahan mendapatkan makanan halal dan kemudahan tempat solat serta sama ada hotel menyediakan keperluan tetamu Islam. Dalam skala satu hingga 10 (di mana 10 adalah markah terbaik), Malaysia muncul nombor satu dengan gred 8.3 antara 50 negara yang menjalani kaji selidik itu.
Mesir menduduki tempat kedua dengan 6.7, disusuli oleh Emiriah Arab Bersatu dan Turki dengan 6.6. Arab Saudi menduduki tempat keempat dengan skor 6.4 dan Singapura di tempat kelima dengan 6.3 markah.
Indonesia, Maghribi dan Jordan meraih 6.1 markah di tempat keenam, diikuti oleh Brunei, Qatar, Tunisia dan Oman di tempat ketujuh, semuanya dengan 6.0 markah.
Ketua Eksekutif Crescentrating, Fazal Bahardeen berkata, kaji selidik itu dibuat berdasarkan ulasan pengunjung bermakna ia diukur mengikut kemudahan yang diperoleh pelancong Islam – bukan penduduk tempatan – daripada makanan halal hingga kepada kemudahan.
“Malaysia adalah satu daripada beberapa negara Islam di mana anda boleh mendapatkan tempat solat di hampir setiap lokasi – sama ada di pusat beli-belah atau lapangan terbang,” kata Fazal kepada media. Menurutnya, sementara pihak berkuasa Malaysia memfokus kepada pasaran itu selama beberapa tahun, Indonesia – negara dengan populasi Islam paling ramai di dunia tidak berjaya melakukannya dengan baik.
“Masalah utama bagi Indonesia ialah ia tidak dapat menyediakan makanan halal dengan mudah kepada pengunjung Islam. Bagi penduduk tempatan mungkin ia bukan satu isu,” katanya. – AsiaOne

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story