Masih ingatkah anda mengenai insiden dua orang pelakon, Rita Rudaini dan Lisdawati tarik menarik rambut di tepi kolam renang pada tahun 2006?
Kini persengketaan mereka sudah pun berakhir apabila kedua-dua mereka sudah setuju untuk berlakon sama dalam drama bersiri ‘Kerana Sarah’.
Tujuh tahun telah pun berlalu, baguslah jika semuanya sudah selesai.
Ibarat buang yang keruh ambil yang jernih. Tidak ada gunanya bergaduh lama-lama.
Kata Lisdawati yang dipetik dari Beautifulnara, tahun 2013 ini dia berazam untuk melalui hidup dengan persekitaran dan suasana harmoni.
“Tahun 2013 ini, saya berazam untuk melalui suasana harmoni dan sekiranya terdapat persengketaan dengan sesiapa sekalipun, orang kata, buang yang keruh, ambil yang jernih.
“Begitu juga dengan dia (Rita), apa yang berlaku itu biarlah berlalu dan saya hormat dia sebagai pelakon yang lebih ‘senior’ daripada saya. Diharap, tiada sesiapa yang akan mengungkit perkara lama itu,” katanya.
Manakala, Rita pula mengakui yang hubungannya dengan Lisda adalah profesional. Yang penting mereka kini sudah bertegur sapa.
“Saya tidak mempunyai masalah dengan dia (Lisdawati). Perhubungan kami lebih pada profesional dalam bidang kerja kami.
“Kami bertegur sapa, tetapi tak banyak berbual pun di lokasi. Cuma dengan apa yang telah berlaku, saya mengambil pendekatan untuk lebih berhati-hati,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
0 comments:
Post a Comment