KUALA LUMPUR – Sembilan pelacur warga asing, termasuk ibu ayam, ditahan dalam operasi di tiga hotel berasingan di Jalan Bukit Bintang, awal pagi kelmarin.
Operasi yang dilakukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7), Bukit Aman yang diketuai Inspektor Muhammad Mohd Jais berjaya menahan tujuah pelacur warga Uzbekistan dan dua warga China yang berpeleseran di kaki lima dipercayai sedang mencari pelanggan.
Jurucakap polis berkata, semua pelacur yang ditahan berusia 30 hingga 40 tahun itu menggunakan taktik memujuk lelaki yang melalui jalan tersebut.
Menurutnya, ibu ayam warga Uzbekistan yang ditahan itu turut membantu mencari pelanggan dan mengendalikan hotel bajet berdekatan.
“Mereka ini mencari pelanggan tidak mengira waktu dan menyasarkan pelancong asing untuk membayar perkhidmatan mereka.
“Dipercayai bayaran yang dikenakan sekitar RM100 bagi perkhidmatan seks yang diberikan, manakala bayaran hotel ditanggung pelanggan,” katanya.
Menurutnya, hanya seorang pelacur asing yang mengemukakan pas lawatan sosial dan semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi untuk tindakan lanjut. – Sinar Harian Online
0 comments:
Post a Comment