Diam tak diam, dikhabarkan pelawak popular, Tauke sudah pun mempunyai teman pengganti selepas bercerai untuk kali yang ketiga pada penghujung tahun lepas.
Benarkah?
Tauke dikatakan ketika ini sedang rapat dengan seorang wanita yang juga artis tempatan, Juara Bintang RTM 2012 iaitu Aisya.
Terdengar juga desas-desus dari beberapa pihak apabila terlihat kelibat mereka berdua yang mesra di khalayak ramai.
Menerusi laporan Media Hiburan, terdapat sekeping gambar Tauke dan Aisya yang dihantar oleh peminat Tauke sendiri.
Dalam laporan itu juga, Aisya mengakui dia sememangnya berkawan rapat dengan Tauke atas urusan kerja dan sering mendapatkan nasihat dari Tauke yang melibatkan perjalanan sebagai anak seni.
Tetapi, Aisya menegaskan hubungannya dengan Tauke hanyalah sebagai teman sahaja dan tidak sampai kepada hubungan bercinta.
“Saya akui yang kami memang berkawan dan tidak lebih daripada itu.
“Saya mula bertemu Tauke atas dasar kerja dan perwatakannya yang menghiburkan membuatkan saya selesa berkawan dengan dirinya,” kata Aisya.
Sementara itu, Tauke turut memberikan maklum balas yang sama seperti Aisya.
Kata Tauke, dia selesa berkawan dengan Aisya.
Nampaknya, hati Tauke bakal terisi semula dengan seseorang yang istimewa.
Sekiranya benar mereka sedang bercinta, diharapkan agar hubungan mereka akan kekal hingga disatukan.
Oleh: SORAYA IMAN
Sumber Foto: Media Hiburan
0 comments:
Post a Comment