Pesawat Boeing 787 Mendarat Cemas Di Jepun

Pesawat Boeing 787

TOKYO – Pesawat Boeing 787 “Dreamliner” milik All Nippon Airways (ANA) terpaksa membuat pendaratan cemas di barat negara itu selepas amaran kokpit menunjukkan masalah bateri, pagi ini.
Butiran mengenai kejadian itu masih diperiksa.
Jurucakap ANA, Takuya Taniguchi berkata, penerbangan dari Ube ke Tokyo terpaksa mendarat di Lapangan Terbang Takamatsu.
Siaran televisyen NTV menunjukkan penumpang keluar menggunakan pintu kecemasan. Lapangan terbang itu ditutup buat sementara.
Pesawat 787 milik ANA mengalami beberapa masalah sepanjang dua minggu lalu walaupun tiada kecederaan dilaporkan. – AP

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story