Bilik Lepas Kemarahan Dapat Sambutan

Bilik Lepas Kemarahan
Serbia – Ideanya mudah. Pecahkan apa sahaja barang dalam bilik berkenaan dan tiada siapa yang akan menghalang atau marah.
Itu cara yang dilakukan oleh dua remaja bagi mendapatkan wang dengan mudah.
Mereka menawarkan bayaran sebanyak $6 kepada orang ramai yang ingin melepaskan kemarahan di Rage Room.
Bagi tujuan itu, satu bilik disediakan . Mereka yang mendapatkan perkhidmatan itu boleh memecahkan barang dalam bilik berkenaan.
Pelanggan juga dibekalkan dengan kayu baseball dan topi. Mereka boleh memecahkan katil, lampu, meja atau apa sahaja barang dalam bilik itu.
Ternyata usaha dua remaja itu mendapat sambutan apabila pelanggan daripada pelbagai kategori sanggup membayar bagi mendapatkan peluang memecahkan barang-barang.
Namun pelanggan perlu menandatangani satu surat, yang menyatakan bahawa ia bukan merupakan sesi terapi.
Sebaik sahaja mereka memecahkan barang-barang itu, pelanggan akan disediakan muzik-muzik untuk menenangkan jiwa, manakala bilik itu pula tidak perlu dibersihkan.
Dengan keadaan ekonomi Serbia yang meleset selain krisis politik dan kadar pengangguran yang tinggi, ternyata bilik melepaskan kemarahan ini mendapat sambutan.
Selepas sesi tersebut berakhir, pelanggan diberikan CD mengandungi maklumat mengenai pakar terapi dan cara-cara untuk menghubungi mereka.sumber

Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story