Korea Selatan Akan Lancar Satelit

Korea Selatan

SEOUL – Korea Selatan akan melancarkan satelit pada hujung bulan ini dan bakal berada dalam kumpulan kuasa elit angkasa lepas di dunia termasuk kuasa Asia seperti China, India dan Jepun.
Kementerian Pelajaran, Sains dan Teknologi negara itu hari ini mengumumkan tarikh ialah antara 30 Januari dan 8 Februari untuk melancarkan Korea Space Launch Vehicle-1 (KSLV-1) seberat 140 tan dari Pusat Angkasa Lepas Naro di pantai selatan.
“Pada hujung minggu ini, peringkat pertama dan kedua akan dihubungkan dan minggu depan, latihan akan diadakan,” kata pegawai kementerian.
Korea Selatan pernah gagal ketika melancarkan satelit pada 2009 dan 2010.
Kejayaan pelancaran kali ini adalah penting untuk wawasan aspek komersial angkasa lepas Korea Selatan. – AFP

0 comments:

Post a Comment

Loading...

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story