KUALA LUMPUR – Sejak pulang dari melawat wilayah Gaza di Palestin pada akhir tahun lalu, pelawak dan pengarah, Afdlin Shauki mengakui kini dia sudah mula mendalami dan mendekati agama Islam bermula bulan lalu.
Memetik laporan Murai, hari ini, Afdlin Shauki berkata dia tidak tahu apakah gambaran jelas yang dapat diberikan namun memang benar dia sudah berhijrah.
“Saya sedari, ianya bermula selepas pulang dari Gaza. Sebulan selepas itu saya jadi tidak tentu arah pada diri saya dan dalam masa yang sama memikirkan penderitaan rakyat Palestin di sana.
“Kemudian, saya terus berjumpa dengan seorang ustaz yang juga merupakan delegasi Aqsa Syarif (pertubuhan bukan kerajaan, NGO) dan menceritakan perkara yang berlaku dalam diri.
“Alhamdulillahlah, perbincangan kami telah menemui jawapan di mana diri saya sendiri yang ingin menuju ke jalan Allah dan dia banyak membantu dan menyokong penghijrahan saya ini,” katanya.
Tambah Afdlin, kadang-kala dia pernah berasa gusar bagaimana mahu menyesuaikan diri yang sudah berhijrah tetapi dalam masa yang sama sedang bergiat aktif dalam bidang seni.
“Seorang ustaz telah menasihati saya supaya meneruskan sahaja bidang hiburan kerana ianya saluran yang mudah untuk menarik golongan muda mendekati Islam dan berdakwah.
“Jadi, saya selepas ini saya akan menghasilkan karya-karya yang hanya memberikan mesej serta pengajaran kepada masyarakat selain unsur agama yang akan saya ketengahkan,” jelasnya lagi.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment