Shira Gesa Sakinah Dan Julia Ziegler Berdamai

Shira Gesa Sakinah Dan Julia Ziegler Berdamai

Perselisihan faham yang berlaku di antara pelakon muda Sharifah Sakinah dan Julia Ziegler turut terpalit kepada pelakon dan pengacara Sharifah Shahira atau lebih dikenali sebagai Shira.
Shira yang merupakan kakak kepada Sakinah turut menasihati kedua-dua mereka berdamai dan menjadi lebih profesional agar masalah ini dapat diselesaikan dengan segera.
Shira menerusi petikan Sinar Harian Online berkata, “saya mohon maaf bagi pihak Sakinah. Saya tahu, Sakinah cuba untuk berbaik semula, namun dia tersilap langkah. Kenyataan Sakinah itu bukanlah untuk memburukkan Julia, namun berharap untuk menjernihkan hubungan tersebut.
“Saya tidak kata adik saya baik dan betul, sememangnya Sakinah bersalah daripada awal lagi. Namun, Julia harus bersikap profesional dan tidak menjadikan media sebagai platform untuk bercerita,” katanya.
Shira turut menyatakan sebelum ini dia pernah dimarahi Julia di khalayak ramai tetapi dia tidak pernah terasa hati dan berdendam dengan aktress kacukan itu.
“Saya sudah memaafkannya. Namun, kenapa susah sangat dia nak maafkan kesalahan orang? Memang mulut saya agak celupar bila bercakap, namun saya tidak suka mencari musuh.
“Dia tuduh saya dan keluarga macam-macam. Dia tuduh saya tak pandai jaga adik. Kenapa hal itu dituding kepada saya”?
Masalah ini dikatakan berpunca apabila Julia mendakwa Sakinah cuba memfitnahnya kepada pelakon, Gambit Saifullah.
Harapnya kedua-dua pelakon tersebut dapat berbaik semula.  Industri hiburan kita kecil je, pusing-pusing jumpa orang yang sama.  Lebih baik saling bermaaf daripada terus bermusuh.
Tak begitu?
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story