Chacha Maembong Dilarang Seksi

Chacha Maembong

Pelakon remaja, Chacha Maembong atau nama sebenarnya, Siti Aisyah Ismail, 17, telah dikenakan syarat supaya tidak berpakaian seksi serta tak boleh bergambar mesra bersama rakan artis lelaki.
Memetik laporan gua.com.my, Chacha yang merupakan adik kepada pelakon Emma Maembong menyatakan, ““ayah kata Chacha boleh berlakon dengan syarat Chacha tidak boleh memakai pakaian yang terlalu seksi atau menjolok mata. Biarlah pakaian tersebut sesuai dengan usia Chacha. Selain itu, sekiranya Chacha mahu bergambar dengan pelakon lelaki, Chacha juga tidak dibenarkan terlalu rapat atau beraksi ‘daring’.
Chacha juga menjelaskan dia sangat menghormati keputusan ayahnya itu.
Jika diimbas kembali syarat yang dikenakan ayah Chacha ini nampak seperti situasi yang dialami penyanyi nombor satu negara, Datuk Siti Nurhaliza suatu ketika dulu.
Baguslah begitu, semoga Chacha mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan ayahnya dan harapnya pihak lain juga menghormati prinsip Chacha ini.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story