Syabas Adakan Operasi Bil Air Tertunggak Mac 2013

Operasi Bil Air Tertunggak

KUALA LUMPUR – Syarikat Bekalan Selangor Sdn. Bhd. (Syabas) menasihatkan orang ramai supaya membuat bayaran bil air tertunggak dengan kadar segera kerana operasi bil tertunggak bagi bulan Mac 2013 akan dijalankan di beberapa kawasan.
Penolong Pengurus Besar Jabatan Komunikasi Korporat dan Hal Ehwal Awamnya, Priscilla Alfred berkata, operasi itu akan berlangsung bermula 1 hingga 31 Mac ini di sekitar ibu negara, Hulu Langat, Shah Alam, Klang, Gombak, Kuala Langat dan Hulu Selangor.
“Operasi sama turut diadakan di Sepang, Kuala Selangor, Petaling dan Sabak Bernam,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Priscilla berkata, tindakan pemotongan bekalan air akan dikenakan kepada pengguna yang gagal untuk menjelaskan bil tertunggak dan akan dikenakan caj pemotongan sebanyak RM25.
Menurut beliau, caj penyambungan semula sebanyak RM25 akan dikenakan terhadap pengguna terlibat sebelum penyambungan semula bekalan air dibuat.
Kata beliau, caj iotu bukan denda atau penalti sebaliknya caj tetap perkhidmatan pemotongan dan penyambungan semula bekalan seperti diwartakan Kerajaan Negeri Selangor di bawah Enakmen Pembekalan Air 1997, iaitu Kaedah-kaedah Bekalan Air (Bayaran) Selangor 2006 yang diguna pakai hingga kini.
Orang ramai yang mahu mendapatkan maklumat lanjut boleh menghubungi Pusat Perkhidmatan Pelanggan Syabas (Puspel) di talian bebas tol 1-800-88-5252. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story