Fathia Latiff Nafi Caras Kekasih Marsha

Fathia Latiff Nafi Caras Kekasih Marsha

Baru-baru ini terdapat ura-ura mengatakan pelakon cantik, Fathia Latiff merampas kekasih kepada rakan artis iaitu penyanyi dan pelakon seksi, Marsha Milan Londoh.
Bukan itu saja, dia juga turut didakwa bergaduh dengan Marsha hanya disebabkan perihal berebutkan teman lelaki.
Bagaimanapun, Fathia lantas menepis dakwaan yang disifatkan adalah tidak benar sama sekali itu.
Menjelaskan perkara itu, Fathia, 26 tahun, berkata kepada MalaysianDigest, “saya dengan Marsha okay!  Kami tak pernah bergaduh.  Mengenai soal saya caras kekasih dia, sebenarnya bukan…mungkin sebab saya berkawan dengan bekas teman lelaki dia.
“Kami berkawan biasa.  Mungkin ada salah faham dan lelaki itu bukan kekasih saya,” ujarnya.
Harapnya dengan penjelasan Fathia itu terjawab sudah khabar angin yang nyata tidak berasas dilemparkan terhadap pelakon itu.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story