DAP Buat Laporan Polis Terhadap Najib

DAP Buat Laporan Polis Terhadap Najib

Satu laporan polis telah difailkan oleh DAP untuk membidas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak seperti yang disiarkan di laman web akhbar The Star pada Ahad lalu.
Laporan polis itu dibuat di Balai Polis Tun HS Lee oleh Timbalan Pengerusi Dap Pahang, Tengku Zulpuri Shah, pagi tadi.
Menurut Tengku Zulpuri laporan itu dibuat kerana kenyataan Perdana Menteri adalah tidak berasas sama sekali.
“Saya membuat laporan polis itu adalah untuk kerana kenyataan yang dikeluarkan itu adalah fitnah dan tidak berasas,” katanya.
Tengku Zulpuri turut menambah laporan itu dilakukan untuk menjamin keselamatan pemimpin serta ahli DAP berikutan kenyataan Najib itu.
Tengku Zulpuri menyatakan harapannya agar pihak polis mengambil tindakan dengan melakukan siasatan segera serta tindakan susulan yang sewajarnya ke atas PM supaya tidak berlaku sebarang kekeliruan dan ancaman kepada DAP atau pemimpinnya.
“Selain itu, kita (DAP) tak mahu ada rakyat yang memandang serong terhadap DAP.  Apa bukti yang menunjukkan kami tindas orang Islam?,” katanya kepada Mynewshub.
Mengikut laporan berita yang bertajuk ‘Najib: Vote Barisan for a Far Better Future’, Najib menyatakan “undi PKR akan meroskkan aqidah sementara undi untuk PAS akan memecah belahkan umat Islam”. (A vote for PKR will destroy the aqidah while a vote for PAS will only reslut ini disunity among Muslims).
Kemudian, Datuk Seri Najib menambah, “untuk DAP pula, undi untuk mereka akan mengakibatkan penindasan Islam. (As for DAP, a vote for them will see Islam being oppressed).
DAP
DAP1
DAP2
Oleh: JULIANA JOHAR
Foto: RIZA RAZAK


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story