Rasuah: Bekas Eksekutif Akaun Dipenjara, Denda

Rasuah

KUALA LUMPUR — Bekas eksekutif akaun pelanggan Alcatel Network Systems (M) Sdn. Bhd. dijatuhi hukuman penjara dua tahun dan denda RM125,000 selepas didapati bersalah oleh Mahkamah Sesyen di sini terhadap pertuduhan memberi suapan kepada Penolong Pengurus Perolehan, Telekom Malaysia Berhad.
Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut ke atas Radziah Ani, 51, mengikut Seksyen 10(a)(b)(bb) Akta Pencegahan Rasuah 1997 setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes pendakwaan.
Rozilah turut mengarahkan tertuduh dipenjara lapan bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.
Beliau bagaimanapun membenarkan permohonan tertuduh untuk penangguhan pelaksanaan hukuman penjara sehingga proses rayuan di Mahkamah Tinggi selesai tetapi menaikkan jumlah jaminan daripada RM12,000 kepada RM15,000 dengan dua penjamin.
Beliau turut membenarkan tertuduh menjelaskan denda tersebut sehingga 8 Mac ini dan turut menetapkan hari yang sama sebagai tarikh sebutan. — BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story