KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan menganjurkan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2013 di ibu negara pada 2 dan 3 Mac ini.
Pengurus Perancangan Korporatnya, Dr. Ismail Stapa berkata, festival yang bakal berlangsung selama dua hari itu dijadualkan diadakan di Taman Metropolitan Kepong.
“Pelbagai pengisian acara akan dilangsungkan dalam festival selama dua hari ini.
“Antara acara adalah kejohanan powerboat, pertandingan sukan intregrasi, tradisional dan rakyat serta jualan gerai,” katanya melalui satu kenyataan media hari ini.
Ismail berkata, turut diadakan bersempena Festival Hari Wilayah Persekutuan 2013 pertandingan mini grafiti, tarian ‘BBoy”, Autoshow, poco-poco dan persembahan hiburan.
Justeru katanya, orang ramai dijemput hadir pada festival berkenaan bagi memeriahkan lagi sambutan dan masuk adalah percuma
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment