Dina Terpijak Wayar, Kaki Tempang

Dina Terpijak Wayar, Kaki Tempang

KUALA LUMPUR – Ketika sedang berjalan di belakang pentas selepas selesai membuat persembahan pada Konsert Anuar Zain Tiga Dekad: Muzik, Cinta dan Sanubari pada 16 Januari lalu, penyampai radio ERA FM, Dina Nadzir telah mengalami kecederaan pada kakinya.
Dia dikatakan terpijak wayar elektrik dan insiden itu menyebabkan kaki kanannya terseliuh.
Menerusi Gua.com, Dina memberitahu ketika itu dia memakai kasut setinggi enam inci dan tidak perasaan ada wayar di situ.
“Nasib baik waktu itu saya sempat pegang emak saya, kalau tidak mungkin lebih teruk kecederaan saya.
“Pada mulanya tak ada apa-apa sangat, namun keesokan harinya ketika bangun dari tidur, saya terkejut dan panik tengok kaki saya bengkak teruk,” jelasnya.
Tambahnya, dia terus berjumpa dan untuk melakukan pemeriksaan.
“Selepas menjalani pemeriksaan X-Ray dan Alhamdulillah, doktor beritahu tidak ada sebarang keretakkan.
“Doktor menasihatkan saya untuk berehat selama dua minggu agar kecederaan ini benar-benar pulih. Sekarang ini jalan tempang dan terpaksa menggunakan tongkat untuk bergerak,” katanya.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story