MBIC Minta KPT Pantau Penebusan Baucar Buku

Baucar Buku 1Malaysia

KUALA LUMPUR – Majlis Industri Buku Malaysia (MBIC) meminta Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) memantau tindakan pihak tidak bertanggungjawab menyalahgunakan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) untuk mengaut keuntungan segera.
Pengerusinya, Mohd. Ramly Ngah Idris berkata, pihaknya mendapat maklumat terdapat penyalahgunaan baucar itu kerana ada pelajar didakwa dibenarkan menukar baucar berkenaan dengan peralatan komputer, telefon bimbit, pakaian, tambah nilai (Topup) dan makanan.
“Ini adalah salah guna BB1M yang berlaku semasa beberapa pameran buku diadakan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS) serta pelbagai siri pameran yang lain yang kami terima maklumat.
“MBIC meminta KPT memantau perkara ini bagi memastikan Garis Panduan Baucar Buku 1 Malaysia dipatuhi semua pihak,” dakwanya melalui satu kenyataan itu.
Mohd Ramly berkata, IPTA dan IPTS atau mana-mana pihak yang menganjurkan pameran serta pesta buku untuk penebusan BB1M perlu memastikan hanya penerbit dan pembekalan bahan yang berkaitan dengan buku serta alat bantuan pengajaran dibenar mengambil bahagian.
Menurut beliau, peniaga dan pembekal yang mengambil kesempatan untuk menawarkan penebusan kepada pelajar dengan bahan selain buku dan alat tulis perlu segera menghentikan tindakan mereka.
Selain itu beliau meminta pelajar yang mendapat BB1M menggunakan baucar tersebut secara bijaksana dengan penebusan sekurang-kurangnya 80 peratusan buku dan selebihnya alat tulis serta alat bantuan pembelajaran mengikut Garis Panduan BB1M yang dikeluarkan KPT.
“Semua pihak perlu bersama-sama mendukung hasrat kerajaan membantu golongan pelajar mencapai kecemerlangan akademik melalui bahan bacaan yang bermutu.
“Laporan kepada pihak berwajib dan tindakan undang-undang perlu dilakukan jika mana-mana pihak masih terus mengambil kesempatan melalui salah guna BB1M,” tegas beliau. – mynewshub.my


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story