Pelajar Jadi Bahan Kajian Hisap Dadah

Kajian Hisap Dadah

London – Sebuah universiti terkenal di Britain, King College yang menjalankan kajian terhadap dadah jenis A dan kesannya kepada manusia, telah meminta pelajarnya secara sukarela menjadi bahan kajian.
Bagi tujuan itu, mereka hanya perlu mengambil kokain.
Universiti berkenaan menjalankan kajian itu bagi mengetahui dengan lebih mendalam bagaimana dadah jenis A boleh mempengaruhi badan manusia.
Namun beberapa syarat dikenakan kepada pelajar tersebut.
Antaranya mereka mesti sihat tubuh badan, lelaki, berusia antara 25 hingga 40 tahun dan bukan penagih dadah.
Pelajar kursus perubatan dan pergigian bagaimanapun tidak dibenarkan mengikuti kajian ini.
Peserta kajian ini juga tidak boleh mewarnakan rambut mereka selama 120 hari sepanjang kajian bagi membolehkan saintis mengkaji kesan meluas kokain kepada tubuh badan manusia.
Mereka yang menerimanya akan diberikan bayaran pampasan sewajarnya sepanjang proses kajian dijalankan.
Projek tersebut telah diluluskan oleh Jawatankuasa kajian etika Westminster dan ia akan dipantau oleh unit toksilogi daripada Hospital St. Thomas.
Dalam pada itu, jurucakap universiti terbabit memaklumkan kajian saintifik itu adalah penting bagi mengetahui bagaimana kokain boleh merebak dalam badan manusia.
“Semua perkara melibatkan nilai etika dalam kajian ini telah diluluskan. Kajian ini penting dan ia adakan pantau pada tahap tertinggi oleh pegawai perubatan,’’ katanya.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story