HKL Cari Waris Johan Masnan

HKL Cari Waris Johan Masnan

KUALA LUMPUR – Hospital Kuala Lumpur (HKL) sedang mengesan waris seorang pesakit berketurunan Melayu yang kini ditempatkan di Wad Ortopedik hospital berkenaan.
Unit Perhubungan Awam HKL melalui satu kenyataan media memberitahu, pesakit terbabit dikenali sebagai Johan Masnan berusia 46 tahun.
“Alamat terakhir pesakit ini di Kampung Siam Kala Jeram, Sungai Petani, Kedah.
“Pesakit telah dimasukkan ke HKL pada 28 Januari lalu kini berada di Wad 5 Jabatan Ortopedik,” kata kenyataan itu hari ini.
Menurut kenyataan itu, pesakit berkenaan telah dibenarkan pulang namun tiada waris menjemput pesakit itu hingga hari ini.
Malah usaha pihak HKL dan polis mengesan waris pesakit itu juga gagal.
Waris atau orang ramai yang mempunyai maklumat tentang Johan diminta menghubung Pegawai Pegawai Kerja Sosial Perubatan HKL ditalian 03–2615 5954.
Maklumat juga boleh disalurkan dengan menghubungi Wad 5 Jabatan Ortopedik HKL di talian 03-2615 5555 sambungan 6105/7211.


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story