Polis P. Pinang Lancar Ops Sayang III Pula

Polis P. Pinang Lancar Ops Sayang III Pula

NIBONG TEBAL – Polis Pulau Pinang akan melancarkan Ops Sayang III bagi mengesan beberapa lagi sindiket penjualan bayi dan kanak-kanak yang aktif di sekitar negeri ini.
Ketua Polis negeri, Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata, pihaknya mengenal pasti sindiket terbabit tetapi tidak boleh mendedahkannya kerana bimbang akan mengganggu siasatan polis.
“Susulan Ops Sayang I dan II, kita akan lancar Ops Sayang III kerana polis telah kenal pasti sindiket lain yang dipercayai turut terlibat menjual bayi dan kanak-kanak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Polis dan Komuniti Seberang Perai Selatan (SPS) Bersama Membanteras Jenayah di Balai Polis Tasek Mutiara, Simpang Ampat dekat sini malam tadi.
Abdul Rahim berkata, pihaknya kini sedang mengumpul maklumat dan mengadakan risikan tentang sindiket terbabit. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story