Pasangan yang bakal menamatkan zaman bujang mereka iaitu pelakon Linda Hashim dan Beego telah memilih Jakarta sebagai tempat untuk membeli-belah barang perkahwinan mereka, baru-baru ini.
Menerusi Mstar, Linda, 29, memberitahu dia dan Beego, 33, amat berpuas hati dengan kelengkapan perkahwinan mereka di mana rata-rata barang dipilih dengan bantuan keluarga.
“Di sana kami memang cari kain-kain untuk dibuat baju pengantin serta pakaian untuk keluarga kedua-dua belah pihak.
“Selain itu juga, kami turut buat tempahan kad kahwin dan membeli barang cenderahati. Kami memilih Jakarta kerana di sana lebih banyak pilihan, barang-barang pun berkualiti selain harga yang berpatutan,” katanya.
Tambah Linda, dia memilih tema warna putih dan ungu lavender untuk busana yang akan dipakai pada majlis persandingannya nanti.
Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 3 November 2012.
Mereka merancang untuk mengadakan majlis akad nikah di Masjid Wangsa Maju.
Sementara itu, majlis persandingan akan di adakan di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas) dengan kerjasama Persatuan Seniman Malaysia (Seniman).
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment