Los Angeles – Penyanyi, Janet Jackson semalam mengaku sudah berkahwin dengan ahli perniagaan Qatar tahun lalu, sekali gus menafikan khabar angin kononnya perkahwinan itu akan berlangsung tahun ini.
Janet, 46, adik mendiang Michael Jackson, bertunang dengan bilionair Wissam Al Mana, 37, tahun lalu tetapi merahsiakan perkahwinannya.
“Khabar angin majlis perkahwinan besar-besaran tidak benar sama sekali. Kami berkahwin dalam majlis ringkas dan tertutup tahun lalu,” kata Janet dan Wissam, dalam kenyataan kepada Entertainment Tonight. “Perkahwinan kami merupakan satu sumbangan kepada tabung kebajikan kanak-kanak kegemaran kami,” sambung kenyataan itu.
Janet memang terkenal kerana merahsiakan kehidupan peribadinya daripada media. Dia jarang bercakap mengenai bekas suaminya.
Dia berkahwin dengan penyanyi soul, James DeBarge pada 1984 dan bercerai setahun kemudian. Perkahwinannya pada 1991 dengan pengarah video muzik, Rene Elizondo juga berakhir dengan perceraian pada 2000. – Reuters
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment