Hafiz Beraksi Solo Di Dewan Filharmonik

Hafiz Suip

Juara Akademi Fantasia Musim 7 (AF7), Hafiz Suip bakal membuat persembahan solo di pentas penuh berprestij iaitu Dewan Filharmonik Petronas (DFP), pada 3 Jun ini.
Bukan mudah untuk artis baru sepertinya membuat persembahan yang akan diiringi oleh puluhan pemuzik orkestra yang penuh kaliber.
Tahniah diucapkan kepada Hafiz!
Hafiz akan membuat persembahan itu menerusi segmen Spotlight yang akan bermula pada jam 8.30 malam.
Platun lagu Awan Nano itu pasti akan tampil hebat bersama lagu-lagunya yang memang sentiasa digemari.
Malah, pasti akan ada kejutan yang dilakukan oleh Hafiz pada malam ini nanti.
Bagi yang tidak mahu melepaskan peluang ini, bolehlah segera mendapatkan tiket pada harga cuma RM80 saja.
Untuk pertanyaan lanjut boleh ke dfp.com.my
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story