Izara Nafi Putus Cinta, Setia Dengan Kekasih

Izara Nafi Putus Cinta, Masih Setia Dengan Kekasih

Pelakon siri Oh My English, Izara Aishah, 21, menafikan dia sudah putus cinta dengan kekasihnya yang dikenalinya sejak sekolah menengah lagi.
Menerusi petikan Sinar Harian Online, Izara menyatakan, “dakwaan mengatakan saya mempunyai kekasih baru tidak benar.  Saya sangat terkejut dengan gosip ini.  Sejujurnya saya hanya setia pada yang satu”.
Izara turut berkata dia tidak akan menduakan kekasihnya itu kerana baginya, kekasihnya itu adalah seorang lelaki yang baik, bertanggungjawab dan berfikiran terbuka.
Selain itu, pelakon kacukan Melayu-Pakistan ini turut mengakui berasa sedikit gerun dengan masalah putus cinta yang dihadapi oleh rakan-rakan artis sejak akhir-akhir dan berharap perkara itu tidak akan berlaku terhadap dirinya.
Pelakon yang pernah muncul dengan kontroversi video tarian menghairahkan itu juga mengatakan hubungan mereka memang serius tetapi masih belum memikirkan untuk melangkah ke alam perkahwinan dalam masa terdekat.
Yelah Izara pun masih muda lagi, mungkin dia mahu mengembangkan karier lakonan dulu sebelum mengikat ikatan perkahwinan.
Semoga hubungan Izara dan kekasih yang dirahsiakannya itu kekal bahagia sehingga ke jinjang pelamin hendaknya.
Oleh: JULIANA JOHAR


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story