Keadaan Banjir 4 Negeri Semakin Teruk Pagi Rabu

Keadaan Banjir 4 Negeri Semakin Teruk Pagi Rabu

KUALA LUMPUR – Keadaan banjir di empat negeri semakin teruk pagi Rabu apabila jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke pusat pemindahan meningkat kepada 5,037 orang berbanding 1,046 orang malam Selasa.
Kelantan dan Terengganu merupakan negeri yang paling teruk terjejas akibat gelombang ketiga banjir yang melanda di Pantai Timur manakala keadaan banjir di Perak dan Selangor tidak menunjukkan sebarang perubahan.
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan di Terengganu meningkat lebih sekali ganda apabila 3,679 orang dipindahkan sejak malam tadi ke 44 pusat pemindahan melibatkan daerah Besut, Dungun, Hulu Terengganu dan Setiu.
Menurut portal banjir Majlis Keselamatan Negara, setakat 10 pagi, keadaan banjir di Kelantan semakin buruk dengan 1,036 orang dipindahkan ke 19 pusat pemindahan di Kota Bharu, Tanah Merah, Pasir Puteh, Kuala Krai dan Bachok.
Manakala di Perak, jumlah mangsa banjir seramai 297 orang berada di tujuh pusat pemindahan di Manjung, Perak Tengah dan Larut Matang.
Di Selangor, 15 orang berada di satu pusat pemindahan di Sepang.
Sehingga kini, satu jalan ditutup di Kelantan, iaitu Jalan Rantau Panjang -Panglima Bayu untuk semua kenderaan dan di Selangor, Jalan Sungai Lalang – dari Semenyih ke Hulu Langat dan Jalan Sungai Tekali, Hulu Langat. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story