Sebelum ini, dilaporkan berlaku sedikit perselisihan faham di antara pengarah serta pelakon, Syamsul Yusof dengan bapanya, Datuk Yusof Haslam.
Pergaduhan itu dikatakan berpunca kerana Yusof Haslam ‘sedikit berang’ dengan sikap anak terunanya itu yang seakan melengah-lengahkan proses suntingan filem KL Gangster 2.
Walau bagaimanapun, Syamsul kemudiannya telah tampil membuat permohonan maaf kepada bapanya menerusi akhbar mingguan pada Ahad lalu dan perkara ini amat mengembirakan hati ibu dan isteri Yusof Haslam sendiri.
Memetik laporan Harian Metro, ibu Syamsul, Datin Fatimah Ismail menjelaskan, “saya bersyukur kerana hubungan dua beranak ini kembali pulih, saya tahu mereka tidak pernah berdendam,” katanya.
Baguslah begitu kerana air yang dicincang tidak akan pernah putus.
Apa-apa perkara pun boleh diselesaikan sekiranya pihak yang terlibat duduk berbincang bersama-sama dalam menangani sesuatu masalah itu.
Tak gitu?
Oleh: JULIANA JOHAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment