Seperti yang dikatahui aktor kacak, Hans Isaac dikatakan sedang bercinta dengan pengacara Nona iaitu Neelofa.
Namun ia bagaikan tiada noktah apabila masing-masing tidak mahu memberikan sebarang kata putus sama ada berkawan secara serius sehingga mahu ke jinjang pelamin atau sebaliknya.
Menerusi Buahmulut, apabila ditanya sudahkah dia bersedia untuk bertukar agama andai kata perhubungan itu benar-benar memasuki peringkat ijab dan qabul Hans Isaac ada jawapanya.
“Bab agama ini saya tak mahu sentuh. Lagipun saya memang tidak suka untuk bincang pasal soal berkaitan agama, perkara seperti ini bukan sesuatu yang elok dibincangkan secara terbuka bagi diri saya.
“Lagipun nak membincangkan ke tahap sampai soal tukar agama ni, ini bukan sesuatu yang mudah,” katanya.
Tambah Hans, andai kata apa yang kamu semua mahukan ini tidak terjadi siapa yang akan tanggung malu?
“Cukuplah saya dah kena sekali ‘kaw-kaw’ dulu sampai terduduk jadi cukuplah.
“Pengalaman dulu tu dah saya jadikan pengajaran dan belajar kesilapan dari situ,” kata Hans.
Sementara itu, sebelum ini Hans pernah percinta dengan pengacara ‘The Breakfast Show’ iaitu Elaine Daly, 36.
Tetapi ia sudah berakhir dan kini mereka hanya sekadar kawan rapat atau lebih disifatkan seperti adik-beradik, tanpa melibatkan sebarang perasaan cinta.
Oleh: NURUL NAFISAH MAZLAN
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment