Sungai Golok Lepasi Paras Bahaya

Sungai Golok Lepasi Paras Bahaya

KOTA BHARU – Penduduk, terutama yang tinggal di tebing sungai utama di Kelantan diingatkan bersiap sedia menghadapi kemungkinan banjir berikutan paras air di Sungai Golok di Rantau Panjang melepasi paras bahaya berikutan hujan lebat sejak tiga hari lalu.
Menurut portal rasmi kerajaan negeri, bacaan paras air sungai itu pada 9 pagi tadi ialah 9.02 meter iaitu melepasi paras bahaya 9 meter.
Bacaan di sungai sama di Jenob, Tanah Merah kini pada paras 21.6 meter (paras berjaga-jaga 21.50 meter).
Bacaan paras air Sungai Kelantan di Tangga Krai dan Sungai Lebir di Tualang
juga dilaporkan meningkat yang kini berada di paras berjaga-jaga.
Keadaan cuaca di seluruh Kelantan pagi ini dilaporkan mendung dengan sesekali hujan lebat terutama di pedalaman. – BERNAMA


Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ

0 comments:

Post a Comment

 
Design by BeritaHangat™ | Bloggerized by BeritaHangat™ - Premium Blogger Themes | BeritaHangat™ Hot Story