Kurang dari 24 jam berita perkahwinan Rozita che Wan diperkatakan, pelakon jelita ini tampil memberi kenyataan balas terhadap laporan yang dikeluarkan oleh akhbar Harian Metro. Jelas Rozita atau Che Ta, dia tidak pernah memberitahu wartawan terbabit mengenai tarikh perkahwinannya. Sebaliknya wartawan akhbar terbabit yang mencadangkan tarikh tersebut.
Dalam laporan sebuah portal hiburan, Che Ta turut memberitahu dia sering menjadi mangsa putar-belit kenyataan. Biarpun begitu, pelakon berusia 42 tahun ini mengakui ingin melangsungkan perkahwinan dengan Zain Saidin dalam tahun ini juga.
Terdahulu, Zain Saidin sempat meluahkan rasa terkejut apabila mendapat tahu Rozita merancang untuk berkahwin dengannya dalam waktu terdekat. Bahkan, Zain menepis laporan akhbar Harian Metro itu. Jelas Zain, tidak mungkin dia akan berkahwin dengan Rozita pada Julai kerana pada waktu itu umat Islam sedang sibuk membuat persiapan menyambut bulan Ramadhan.
Mengulas kepada wartawan Mstar.com.my, Zain turut menjelaskan keluarganya tidak ada halangan untuk dia memperisterikan Rozita Che Wan. – gua.com.my
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment