Pelakon Shah Iskandar yang sebelum ini digosipkan menaruh hati kepada Rozita Che Wan menafikan dia berasa kecewa dengan tindakan pelakon cantik itu yang dikatakan bakal berkahwin dengan Zain Saidin pada tahun ini.
Menerusi petikan MalaysianDigest, aktor kelahiran Singapura itu berkata dia baru saja mengetahui mengenai berita itu.
Menurut Shah dia mendengar khabar tersebut daripada beberapa rakannya selepas pulang dari Singapura, kelmarin. Bagaimanapun dia tidak terkejut dengan berita itu.
“Saya baru tahu daripada kawan-kawan. Lagipun saya baru balik dari Singapura. Kawan saya yang beritahu saya mengenai berita tu.
“Saya tak terkejut. Walaupun saya dan Che Ta pernah rapat, saya tak terkejut langsung. Alhamdulillah, itu jodoh mereka. Dan mereka pun dah lama bercinta,” katanya.
Shah Iskandar dan Rozita sebelum ini pernah digosipkan mempunyai hubungan intim sejak kedua-duanya terlibat dalam penggambaran drama Kiah Pekasam sekitar September tahun lalu. Lantas dikhabarkan kemesraan mereka telah menimbulkan perasaan cemburu kepada Zain.
Walau bagaimanapun, Shah memberitahu bahawa hubungannya dengan Che Ta dan Zain masih baik dan mereka tidak pernah bermusuhan disebabkan gosip yang disebarkan sebelum ini.
Oleh: JULIANA JOHAR
Like FanPage BeritaHangat™ di https://www.facebook.com/beritahangat , dan Join https://www.facebook.com/groups/promoteblog/ untuk promote blog korang.. TQ
0 comments:
Post a Comment